Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Thursday, October 23, 2008

Nampaknya berita terbaru yang aku proleh ni bakal mengegarkan dunia Astronomi Malaysia...hehe.. bukan niat nak memburukkan sesaper, cuma sekadar nak ingatkan kepada diri sendiri khususnya dan juga para pembaca sekalian, agar bersikap sedehanalah kita walaupun kita telah berada "di atas".. Jangan mudah lupa diri... Bak kata pepatah melayu, "Ikutlah seperti padi, semakin berisi, semakin tunduk..." sorila kalo pepatah aku ni tak ikut susunan sastera yer... sb aku ni bab2 sastera ni, lemah skit....

Sebenarnya maklumat ni aku peroleh daripada HarakahDaily... Masa aku dok beborak2 dengan En. Muzammir (ataupun lebih mesra dengan nickname Abg Amir...ni panggilan bagi org2 yang dah rapat dengannya... hehe...)selaku Penasihat Rasmi Kelab Astronomi UPSI, dia pun bagi aku link artikel ni via yahoo messenger...


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Hrkh)-Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu.


Bayaran tersebut tidak termasuk penginapan hotel, tambang pengangkutan seperti penerbangan bagi ceramah yang diadakan di luar kawasan atau 'long distance' seperti Sabah dan Sarawak.


Menurut satu sumber korporat, Sheikh Muszaphar boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan sehingga boleh menjadi 'jutawan segera' dalam masa singkat jika dikira secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramah angkasawan sebelum ini.


Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Sheikh Muszaphar juga pernah menjawab kritikan lantaran dilihat menyertai kempen-kempen pilihan raya ke-12 lalu di bawah anjuran Barisan Nasinonal (BN).


"Saya kini milik negara dan kehadiran saya hanya untuk memenuhi undangan bagi sesi ceramah motivasi kepada pelajar, jadi saya tidak melihat majlis ini mempunyai agenda tertentu, sama ada untuk membantu kempen pilihan raya dan sebagainya," katanya yang dipetik daripada Bernama 26 Februari lalu.


(Ikuti pendedahan selanjutnya dalam Harakah Edisi Jumaat bil - 1384 di muka surat N20, yang sudah pun berada di pasaran)

0 comments:

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all