Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Tuesday, October 21, 2008

Assalamualaikum..

Hari ni nampaknya ada beberapa blog dan juga beberapa akhbar tempatan yang dah menyiarkan berita berkenaan Pilihan Raya kampus.. dan semestinya komen2 akan keputusan PRK UPSI adalah antara yang terhangat kerana PRK kali ini menunjukkan sedikit perubahan dari segi calon2 yang menang dalam PRK.. nampaknya sistem PRK kali ini dilihat agak telus berbanding PRK yang lepas..

OPS..!! Macam jd penganalisis politik plk aku ni..hehe.. sbnrnya td tengah dok baca2 komen2 ttg PRK ni, aku tjumpa plk dgn satu artikel yg aku rasa sesuai utk dikongsikan bersama.. Semoga dapat dijadikan panduan terutamanya kpd pemimpin yang bakal menerajui pucuk pimpinan UPSI khasnya...especially kpd calon2 yang dah menang tu..

Bahagialah rakyat jika memiliki pemimpin yang soleh, takutkan Allah dan tahu kewajipan terhadap rakyat. Namun jika sebaliknya yang mereka perolehi, sengsaralah hidup mereka. Islam adalah agama politik dan pemerintahan, sebagaimana ia juga agama aqidah, ibadah dan kekeluargaan. Islam tidak hanya ingin melahirkan ahli ibadah (‘abid) dan ahli ilmu (‘alim atau ulama’), tetapi juga ingin melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah. Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi lambang kesempurnaan agama Islam, kecemerlangan sakhsiah baginda bukan pada ibadah dan akhlaknya sahaja, tetapi juga pada keadilan dan kebijaksanaannya dalam politik dan pemerintahan.

Islam ingin melahirkan pemimpin yang bukan sekadar berjiwa rakyat tetapi lebih dari itu ia mampu membimbing rakyatnya. Ia mengetahui dengan baik landasan mana yang harus dikutinya selama ia memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusannya, dipastikan untuk kemaslahatan rakyat, bukan diri sendiri. Ia menyedari di bawahnya adalah rakyatnya dan di atasnya adalah Tuhannya yang sentiasa memerhati dan menghisab segala tindak-tanduk serta perlakuannya. Pemimpin yang memiliki ciri dan akhlak sebegini bukan hanya menjadi suatu idea di dalam Islam, malah Islam telah melahirkannya ke alam realiti. Contoh terunggul ialah Nabi Muhammad s.a.w.. Selain baginda ialah Saidina Abu Bakar r.a., khalifah pertama di dalam Islam. Keperibadian Abu Bakar sebagai pemimpin Islam sejati dapat dilihat dari awal lagi dalam pidato sulungnya sebaik diangkat menjadi Khalifah.

Ibnu Sa’ad meriwayatkan dalam Tabaqatnya; “Semasa Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, beliau berpidato di hadapan rakyatnya. Setelah bertahmid kepada Allah dan memuji kebesaranNya, beliau berkata; “Wahai sekelian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Namun al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya. Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah takwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur (dosa dan maksiat). Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat di kalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya (yang dirampas oleh orang lain). Sementara yang kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil darinya hak (orang lain yang dirampasnya). Wahai sekelian manusia! Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru). Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”. (Thabaqat Ibnu Sa’ad, bab Zikr Bai’ati Abi Bakr)

Perhatikan bagaimana Abu Bakar telah menggariskan dasar-dasar bagi pemerintahannya dalam ungkapan yang begitu ringkas. Tidak banyak perkataan yang digunakan, namun pengertiannya amat luas dan mendalam. Abu Bakar memulakan pidatonya dengan merendah diri kepada rakyatnya. Walaupun berada di jawatan tertinggi dalam Negara, ia merasakan dirinya bukanlah yang terbaik. Begitulah seharusnya seorang pemimpin. Perlu ada perasaan rendah diri kerana dengan perasaan itulah Allah akan membantunya dan ia akan disayangi rakyat. Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkatnya”. Diriwayatkan juga dari baginda; “Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari perasaan takbur”.

Perasaan rendah diri bukan bertujuan menzahirkan kelemahan diri di hadapan rakyat. Akan tetapi untuk meraih simpati rakyat agar dapat bersama mencari kekuatan untuk membina Negara. Kerana itu, Abu Bakar menegaskan; “Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, namun al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya”. Bagi Saidina Abu Bakar, al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber kekuatan bagi beliau untuk memimpin rakyatnya. Kerana itu, walaupun berasa diri lemah tetapi beliau yakin dengan kekuatan wahyu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yang diwarisi dari Nabi Muhammad s.a.w.. Wahyu al-Quran dan ilmu as-Sunnah inilah yang menjadi titik kesatuan antara beliau dan rakyatnya dan dari titik kesatuan itulah beliau yakin akan mendapat dokongan penuh dari rakyatnya untuk menerajui Negara.

Seterusnya Abu Bakar menjelaskan dasar-dasar kepimpinannya kepada rakyatnya;

Pertama;

Dasar yang digunakan dalam menilai rakyat. Abu Bakar menegaskan kepada sekelian rakyatnya bahawa beliau menilai mereka berdasarkan ketaatan kepada Allah, bukan pangkat, keturunan, harta dan sebagainya. Baginya, rakyat terbaik ialah yang paling tinggi takwanya. Jelas sekali beliau menghayati prinsip al-Quran yang menegaskan; “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya di antara kamu” (Surah al-Hujurat, ayat 13). Berdasarkan prinsip ini, para ulamak menegaskan; “Sebarang jawatan dalam kerajaan Islam sama ada berkaitan dengan kehakiman, kementerian, pentadbiran atau sebagainya tidak harus diserahkan kepada mana-mana orang melainkan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Mempunyai keimanan dan ketakwaan.
2. Mempunyai kelayakan ilmu berkaitan jawatan yang hendak diisi.
3. Ia tidak melobi untuk mendapatkannya kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kami demi Allah tidak akan menyerahkan kerja ini kepada seseorang yang memintanya atau bercita-cita ke atasnya”.

Kedua;

Dasar keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat. Saidina Abu Bakar meletakkan satu prinsip yang tegas berhubung keadilan dan kesaksamaan di antara rakyatnya. Beliau seolah-olah memberi amaran; jangan ada sesiapa pun di kalangan rakyatnya yang cuba menindas orang lain kerana beliau pasti akan menggunakan kuasanya –sebagai pemimpin- untuk membela orang tertindas itu. Dirinya diletakkan sebagai pengimbang antara rakyatnya yang kaya dan yang miskin, antara yang menindas dan yang ditindas. Rakyat yang dizalimi akan dibela sehingga ia menjadi kuat di tengah masyarakat dengan pengaruh khalifah. Sementara yang menzalimi pula akan dikekang dan diancam sehingga pengaruhnya menjadi lemah kerana ditenggelamkan oleh kuasa khalifah.

Ketiga;

Dasar pemimpin berperlembagaan, yang tertakluk dengan undang-undang Syarak. Di dalam ucapannya tadi, Saidina Abu menegaskan; “Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru)”. Saidina Abu Bakar ingin memberitahu rakyatnya bahawa; walaupun berada di kedudukan paling atas dalam Negara, beliau tetap terikat dengan undang-undang Syari’at yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. Sebagai pemimpin Islam, beliau menyedari bahawa tanggungjawab beliau ialah meneruskan kesinambungan politik Islam yang dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w., bukan membawa ajaran politik baru yang berlawanan dengan sunnah baginda. Kerana itu, beliau meminta rakyatnya agar mengawasinya. Beliau berpesan kepada mereka; “Jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”.

Kepada pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini, kita nasihatkan; jadikanlah pidato Saidina Abu Bakar di atas sebagai panduan dalam pemerintahan. Jika kamu berlaku adil, kamu akan disanjung dan dikasihi oleh rakyat sebagaimana Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar dan pemimpin-pemimpin soleh yang lain. Namun jika kamu zalim dan menyeleweng, kamu akan menjadi seperti Fir’aun, Namrud dan sebagainya yang dicela dan dicaci rakyat.

Rujukan;

[1] HR Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Abu Hurairah r.a., kata as-Suyuti; hasan (al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 8605).
[2] HR Abu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar r.a. (al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 3380. Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini dhaif).
[3] Lihat: Ad-Dustur Al-Islami, Abu Bakar al-Jazairi, m.s 19-20, cet. Al-Maktab Al-Islami Damsyik/Beirut (1391H))
[4] HR Imam Muslim.

1 comments:

arrijal said...

semoga pemimpin hari ini dapat mencontohi kepimpinan sahabat r.hu...

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all