Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Wednesday, November 12, 2008

KUALA LUMPUR, 12 Nov - Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) meminta supaya mana-mana pihak yang mendakwa dikenakan bayaran dalam siri ceramah Angkasawan Pertama Negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk tampil mengemukakan maklumat bagi membantu siasatan. Timbalan Menterinya berkata Mosti masih menjalankan siasatan dan akan diteruskan hingga semua pihak berpuas hati.

"Setakat ini kita masih belum menerima aduan secara formal, jadi kalau ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati yang mengatakan beliau ada mengenakan caj supaya menulis surat kepada kementerian dan kemukakan maklumat.

"Maklumat-maklumat tersebut ialah seperti baucer bayaran, resit serta nyatakan berapa jumlah yang dibayar, tempat dan siapa ejennya," katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Jelas beliau berdasarkan pertemuan yang diadakan bersama Sheikh Muszaphar, angkasawan itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

"Ikut pertemuan saya bersamanya semalam, beliau menidakkan. Mungkin caj yang dikenakan itu ialah daripada penganjur.

"Maknanya penganjur yang anjurkan sesuatu ceramah itu yang mengenakan caj-caj tertentu, tapi bukan Sheikh Muszaphar... untuk penganjur sendiri," katanya.

Tambah beliau lagi, angkasawan itu kini bergerak menerusi Agensi Angkasa di bawah kementeriannya dan tiada caj yang dikenakan jika beliau menyampaikan ceramah anjuran kementerian berkenaan.

Mengulas mengenai dakwaaan bapa Sheikh Muszaphar, Sheikh Mustapha yang mengatakan kerajaan tidak memberi layanan yang baik kepada anaknya itu, Fadillah menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas.

"Saya kira dakwaan itu adalah tidak berasas kerana beliau kini adalah kakitangan kerajaan di bawah Agensi Angkasa, kalau dia nak minta layanan istimewa saya tak tahulah.

"Layanan istimewa macam manapun saya tak tahu kerana ia sangat subjektif," katanya.

Tambah beliau lagi angkasawan itu berkhidmat mengikut gred jawatan yang ditawarkannya oleh kerajaan.

"Kalau tidak salah saya dahulu semasa beliau berkhidmat di HUKM, grednya hanya 43, tapi sekarang sudah dinaikkan ke 48, maknanya dah ada keistimewaanlah kerana dah ada kenaikkan," katanya.

Tambah beliau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Maximus Ongkili akan membuat kenyataan rasmi berhubung isu tersebut setelah laporan kes itu siap sepenuhnya.

0 comments:

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all