Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Wednesday, November 12, 2008

NARJES (tengah) bersama empat daripada enam anaknya melihat laporan Kosmo! mengenai kejadian malang menimpa Mohd. khairuddin di Meru Raya semalam.

IPOH – “Saya mahu polis menangkap kelima-lima penjenayah itu sama ada hidup atau mati dan saya juga mahu jumpa keluarga mereka bagi menjelaskan nasib keluarga kami.’’

Begitulah luahan perasaan Narjes Moktar, 38, dan sekeluarga yang masih sedih dengan kematian suaminya, Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, yang dibunuh dalam rompakan di stesen minyak Petronas di sini awal pagi kelmarin.

“Saya mahu berjumpa dengan ibu bapa penjenayah tersebut dan biar mereka tahu perasaan seorang ibu yang kehilangan suaminya akibat perbuatan anak mereka.

“Anak bongsu saya, Mohd. Rozaini Mohd. Khairuddin yang baru berusia lima bulan menangis semalaman akibat rindu pada bapanya dan kami sekeluarga tidak tahan sedih melihat tangisan itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Narjes, pada hari kejadian, arwah tidak pulang ke rumah walaupun beliau menantikan kepulangannya sehingga pukul 7.40 pagi.

“Selepas saya tiba di sekolah kira-kira pukul 8 pagi pengetua memaklumkan mengenai kejadian.

“Saya telah bergegas ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, dan datanglah beberapa pegawai forensik dan memaklumkan bahawa ustaz sudah meninggal dunia,” katanya yang bekerja sebagai guru tadika serta Guru Sekolah Agama Rakyat An-Nuriah di Taman Meru 2B, Jelapang di sini.

Mereka berkahwin pada 1993 dan dikurniakan enam orang anak berusia 14 tahun hingga lima bulan.

0 comments:

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all