Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Thursday, November 20, 2008

Terlepas beg di angkasa

IMEJ ini menunjukkan beg milik Stefanyshyn-Piper terlepas di angkasa lepas kelmarin.

WASHINGTON - Seorang angkasawan wanita dari kapal angkasa Endeavour terlepas beg peralatannya ketika misi berjalan di angkasa lepas kelmarin.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, angkasawan itu, Heide Stefanyshyn-Piper baru melakukan kerja baiki pulih pada satu panel solar Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) ketika kejadian tersebut berlaku.

Televisyen NASA memancarkan secara langsung kejadian Stefanyshyn-Piper terlepas beg peralatan itu selepas dia mengeluarkan pelincir yang bocor di dalam beg tersebut.

Bagaimanapun, Pusat Kawalan Misi di Pusat Angkasa Lepas Johnson di Houston berkata, kerja-kerja bagi memperbaiki panel solar ISS itu diteruskan.

Stefanyshyn-Piper kemudiannya meminjam peralatan daripada seorang lagi angkasawan, Steve Bowen sebelum meneruskan kerja memperbaiki kerosakan seperti dirancang.

Misi berjalan di angkasa lepas itu berjaya dilaksanakan dan ia mengambil masa enam jam dan 52 minit tetapi terlewat dua minit daripada yang dirancang.

NASA juga mengawasi sebarang objek berhampiran ISS dan kapal Endeavour dengan teliti bagi mengelak sebarang pertembungan.

0 comments:

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all