Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Friday, January 9, 2009

JOHOR BAHRU: Hanya kerana alasan remeh, seorang pelajar tingkatan lima terkoyak kulit kepala akibat diserang dengan batu oleh sekumpulan pelajar junior samseng yang tidak puas hati mangsa masuk ke kantin lebih awal daripada mereka di sebuah sekolah di Kota Tinggi, tengah hari semalam.

Mohd Saddam Husin, 17, menerima tiga jahitan di belakang kepalanya akibat diserang pelajar tingkatan tiga itu yang menunggu mangsa pulang di depan pintu pagar sekolah kira-kira 1.30 tengah hari.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa berkata, dia dibelasah dipercayai akibat perasaan tidak puas hati kumpulan terbabit kerana masuk ke perkarangan kantin lebih awal pada waktu rehat, pagi semalam.

“Mereka bengang dan mula menghamburkan kata-kata kesat serta memaki saya.

Saya tidak tahan dan membalas dengan maki-hamun sebelum masing-masing beredar,” katanya ketika dihubungi di Kota Tinggi, semalam.

Dia tidak menyangka pertengkaran itu membawa kepada dendam apabila diajak beradu tenaga di depan pagar sekolah.

Bagaimanapun, mangsa tidak menghiraukan cabaran itu kerana kumpulan itu seramai 20 orang berbanding dia yang ditemani dua rakan.

“Ketika minum di tepi sekolah, tiba-tiba saya diserang seorang daripada kumpulan terbabit sebelum diikuti tumbukan dan sepak terajang daripada pelajar lain.

“Entah bila, seorang daripada mereka mencapai batu sebesar tapak tangan dan menghentak belakang kepala. Saya rasa kepala amat sakit dan baju dibasahi darah.

“Saya terus merempuh semua pelajar itu dan berlari masuk ke perkarangan sekolah,” katanya.

Mangsa berkata, pengawal keselamatan sekolah cuba meleraikan pergaduhan itu dengan memberi nasihat, tetapi langsung tidak diendahkan.

Dua rakan yang menemaninya juga tidak berani masuk campur.

“Cikgu hanya menyedari kejadian itu selepas melihat saya berlari masuk ke kawasan sekolah dengan berlumuran darah,” katanya yang dihantar untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Kota Tinggi oleh seorang guru.

Bapa mangsa, Husin Ali, 48, berkata dia terkilan kerana pengawal keselamatan tergamak membiarkan anaknya terjebak dalam pergaduhan tanpa dileraikan.

“Walaupun kejadian di luar pintu pagar sekolah, pihak berkenaan berhak mengambil tahu apa yang berlaku kerana pergaduhan itu membabitkan pelajar mereka,” katanya kesal.

Dia bercadang menukarkan anaknya ke sekolah lain demi keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis menahan seorang pelajar tingkatan empat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata berbahaya dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

0 comments:

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all