Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Monday, January 12, 2009


Dari kiri: En Azrul, En shahrin, En Muzamir (Falak Online) dan Dr. Abu Bakar (Penasihat Kelab)


Wakil Falak Online dibawa meninjau tapak pameran untuk
Konvensyen Astronomi yang akan datang


Tanjung Malim, 13 Januari 2009 - Alhamdulillah, hari ni perjumpaan pertama antara AJK Tertinggi Kelab Astronomi UPSI bersama dengan Ketua Jabatan Fizik, Dr Razak; Penasihat Kelab Astronomi, Dr Abu Bakar; dan Falak Online yang diwakili oleh En. Shahrin, En. Muzamir dan En. Azrul telah berjaya diadakan.

Walaupun pada mulanya perjumpaan yang dirancangkan bermula seawal pukul 9 pagi, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, maka perjumpaan ini bermula lebih kurang 30 minit kemudian.

Sementara menunggu ketibaan ketiga-tiga wakil Falak Online yang secara rasminya menjadi consultant kepada Kelab Astronomi UPSI ini, AJK Kelab telah berbincang sesama sendiri berkenaan aktiviti yang ingin dilaksanakan sepanjang semester ini.

Ada dalam kalangan AJK telah mencadangkan untuk membuat Delegasi Astronomi UPSI-UIA, kerana memandangkan UIA juga memiliki Kelab Astronomi mereka sendiri, rasional cadangan ini adalah sebagai wadah untuk Ahli kelab untuk berkongsi buah fikiran di antara dua Universiti. Namun demikian, ia adalah sekadar cadangan, masih tidak ada kata putus daripada pihak atasan. Insyaallah cadangan ini akan diperhalusi melalui pertemuan yang seterusnya.

Seterusnya, Dr Razak turut mencadangkan agar Kelab menganjurkan Bengkel Membina Roket Air peringkat universiti dalam masa yang terdekat ini. Bengkel ini lebih menjurus kepada penerangan yang terperinci berkaitan pembinaan roket air, yang merupakan antara aktiviti yang digemari ramai pelajar. Di samping itu, Beliau turut menambah agar di dalam bengkel tersebut turut diadakan pertandingan roket air yang hanya melibatkan ahli kelab astronomi sahaja. Tindakan seterusnya diserahkan kepada AJK Kelab untuk berbincang dan membuat kertas kerja Bengkel Roket Air tersebut.

Fokus utama perbincangan dalam pertemuan ini adalah berkaitan dengan Pelaksanaan Karnival Astronomi UPSI yang akan datang. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 8-9 hb Ogos 2009. Perbincangan ini dibuat seawal yang mungkin adalah bagi mengelakkan masalah-masalah teknikal yang mungkin dihadapi sekiranya tidak ada perbincangan yang rapi berkenaan Program tersebut. Berdasarkan cadangan daripada Falak Online, karnival ini adalah di peringkat Negeri Perak, dan UPSI akan dijadikan sebagai tuan rumah program tersebut. Pihak universiti juga sebenarnya telah merancang untuk menjadikan Karnival seumpama ini sebagai aktiviti tahunan universiti.

Di samping itu, antara perkara yang menarik perhatian ialah berkenaan cadangan pembelian beberapa peralatan astronomi seperti teleskop, kamera, laptop dan seumpamanya. Sekiranya cadangan ini mendapat kelulusan daripada pihak atasan, insyaallah ia akan menjadi daya tarikan kepada pelajar-pelajar untuk lebih mendekati dunia astronomi ini.

Perjumpaan yang berakhir lebih kurang pukul 11 pagi itu dilihat berjalan dengan lancar. Ahli mesyuarat yang hadir dijamu dengan nasi lemak special tajaan Ketua Jabatan Fizik, Dr Razak..

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang teribat dalam perjumpaan yang julung-julung diadakan pada semester ini.


Daripada: Presiden Kelab Astronomi

0 comments:

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all