Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

DAFTAR AHLI ONLINE

Perhatian Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai
Kelab Astronomi UPSI, boleh mengisi borang di sini. Harap Maklum

Wednesday, February 4, 2009

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bangunan Canselor (BC): 5 hb Feb 2009 - Dalam menghadapi keadaan kemelut politik Negeri Perak yang melanda pada hari ini, walaupun hampir keseluruhan masyarakat Negeri Perak sedang dilanda kebimbangan berkenaan dengan perubahan yang bakal berlaku terhadap pucuk pimpinan Negeri Perak ini, warga UPSI turut bersama merasai tempias kebimbangan tersebut.. Warga UPSI yang ditemui rata-rata amat bimbang dengan fenomena politik yang semakin dilihat tidak sihat. Kelab Astronomi UPSI berharap keadaan ini akan pulih seperti sedia kala.

Dalam pada itu, pada hari yang sama juga, pebincangan Kelab Astronomi bersama dengan Falak Online berkenaan dengan Konvensyen Astronomi Negeri Perak terpaksa diteruskan. Pertemuan kali kedua dalam tempoh sebulan ini lebih menfokuskan kepada dua agenda penting iaitu berkenaan pembelian peralatan astronomi dan Konvensyen yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Pembelian peralatan astronomi ini dilihat amat perlu kerana memandangkan Kelab Astronomi yang ada sekarang tidak memiliki keperluan peralatan pencerapan angkasa yang lengkap. Di samping itu juga, pembelian ini dibuat bertujuan sebagai persediaan kepada Fakulti Sains dan Teknologi dalam memperkenalkan subjek penggayaan Astronomi pada semester akan datang. Menerusi pertemuan kali ini, Pihak Jabatan Fizik yang diketuai oleh Dr. Razak telah bersemuka dengan Falak Online yang diwakili oleh En. Muzamir dan En. Azrul membincangkan secara terperinci berkenaan hal tersebut. Akhirnya, keputusan yang dianggap amat bersesuaian untuk keperluan semasa telah berjaya diperoleh.

Berkenaan Konvensyen Astronomi ke-2 yang dijangka pada 8 dan 9 Ogos 2009 ini akan diadakan bagi peringkat Negeri Perak. Hal ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada Kelab Astronomi, bahkan kepada warga UPSI secara keseluruhannya. Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan, bakal Perasmi Program adalah Raja Muda Perak. Sekiranya Konvensyen ini berjaya mendapat kelulusan daripada pihak atasan, gerak kerja lebih awal perlu dilaksanakan bagi menghadapi Konvensyen Astronomi ini. Harapan, semoga Konvensyen seumpama ini menjadi platfom kepada warga UPSI untuk lebih mendekati dunia astronomi yang dianggap suatu bidang ilmu yang begitu penting dalam kehidupan seharian.

Pertemuan yang dihadiri oleh Presiden Kelab Astronomi, Penasihat Kelab, Ketua Jabatan Fizik dan wakil daripada Falak Online ini berakhir lebih kurang pukul 1.15pm. Beberapa siri perbincangan akan diadakan selepas ini. Kelab Astronomi UPSI amat berterima kasih kepada Falak Online yang sudi meluangkan masa untuk berbincang secara terperinci berkenaan dengan perjalan Kelab Astronomi UPSI. Semoga hubungan silaturrahim ini akan berkekalan hendaknya.


En. Muzamir bin Hj. Mazlan, wakil Falak Online

Antara cadangan teleskop kepada pihak Jabatan Fizik

Dr. Razak, Ketua Jabatan Fizik bertanya lebih lanjut berkenaan peralatan astronomi yang diperlukan.

Wakil falak Online mengiringi Ketua Jabatan Fizik dan Penasihat Kelab keluar dari Bilik Mesyuarat.

Semoga pertemuan ini memberi peluang kepada Ahli Kelab Astronomi UPSi untuk terus memberi kerjasama yang padu dalam melaksanakan program-program yang bakal diadakan.

Sekian. Terima kasih.


Disediakan Oleh:
Presiden Kelab Astronomi UPSI sesi 2008/2009

0 comments:

Penggerak Kelab Astronomi

"Terima Kasih atas kerjasama kalian"
online visitor

astronomi fo9

Sembang Online


ShoutMix chat widget

kepada pelawat yang budiman, sila tinggalkan komen sebelum anda meninggalkan blog ini.. terima kasih

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Kelab Astronomi UPSI

Penasihat Rasmi

Terkini dari Falak Online

Tazkirah Hari Ini

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman." (Attarmidzi)

Hubungi kami

Sebarang bentuk cadangan / idea / maklumat yang berkaitan dengan dunia astronomi boleh dihantar terus ke emel kelab astronomi UPSI iaitu "astronomiupsi@yahoo.com" TERIMA KASIH

Arkib Astronomi

Ucapan Khas

Photobucket TAHNIAH kepada Ust Faizal di Jab. Mufti Negeri perak,krn mdpt cahaya mata baru..Kami doakan semoga Ustaz Faizal sekeluarga berbahagia hendaknya.. Amiin ya rabbal'alamiin..


Selamat datang ke blogspot KELAB ASTRONOMI UPSI.. Bersama menerokai alam angkasa yang penuh dengan kehebatan dan kebesaran Allah Subhanahu wataala..

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all